Sunday, November 15, 2009

hari yang lucu.

hari ini hari ahad.bukan hari isnin mahupun rabu. dan hari ini juga hari yang tenang lagi senang. mengapa? kerana musim peperiksaan sudah pun habis melanda pantai mindaku yang sudah haru dan sedikit biru.hehe enough with repekan. hurmmm. sebenarnya ada cerita yang agak suam2 menariknya berlaku siang tadi. itu yang macam tiada esok aku manaip. hari ini, atau lebih tepat pada pukul 5petang waktu tempatan, roomate ku yang tersayang baru saja habis 2 kertas periksa yang agak sukar. jadi aku bercadang mahu makan malam bersama dan bersiar2 membawa mereka menenangkan fikiran. memangla bukan aku yang bawa, lesen kereta pun tiada tapi yang penting niat murni yang terdetik di kepala. jadi, aku pun membatalkan niat mahu pulang ke rumah dan melekat kepada idea utama. apa idea nya? aku mahu bawak roomate ku yang berdua ini ke Look- out point di ampang. melihat2 kotaraya KL. si E (mmg nama sebenar) ni name saje budak Kl, naik atas ni aku confirm sangat xpenah. hehe jahat~ sunguh nak bawak dia tengok sendiri. biar nanti kalau orang tnaya dia boleh jawab, ehhhhhh E*** penh naik tuuuu. ngeee :) nak dijadikan cerita, si E sudah janji la sama mak abah dan adik beliau mahu keluar makan. jadi memang xdapat lah nak proceed plan asal tu. tapi dah alang2 aku tunda balik rumah dan xpergi makan cempedak goreng dengan buah hati, aku ingat jadi la nak makan dengan cik N dan cik P. sekali, tungu punya tunggu. aku tunggu lagi. dan tunggu. jawapan yang aku terima : makan kat dalam je lah. P** nak makan chicken chop. ketika itu, tekalah perasaan ini bagaimana....... huuuuu terasa kehalusan dan kenipisan hati ii terserlah. memang sungguh aku terasa!!!jadi aku pun terus bersiap. lantak la. hati dah panas. niat aku suci lagi murni depa buat lagu ni. (huh tiba2 je slang tukar. ngee) air mata dah mcm kat hujung2 mata je.... memang dah nak keluar la. ni lah masalah aku yang paling besar. sungguh tidak macho. asal naik je paras marah air mata pun standy by jugak nak keluar. kot ye pun sabar2 la kejap kan. bagi la keluar muka garang yang ala2 singa dulu ke. huhu pastuh, maybe aura lu-bikin-hati-wa-panassss itu sudah meluap2 ke bilik yang lain. aku pun hairan. aku diam je pandang cermin. takkan la kot dalam hati ni ada built in speaker, jadi orang boleh dengar apa aku kata.tahu2 E dan N sudah ada. aku diam lagi. tapi mungkin muka sudah terbakar dek marahnya hati.N bertanya, Fa marah ke? aku dengan kalawan hati yang seboleh mungkin menjawap, fa memang xtunggu dari petang tadi.dan tidak semena-mena, cik N terus menagis sambil berkata, ni nak nangis niiii...huaaa terus hati ku cair dan memujuk beliau (ceh, aku kot yang tengah merajuk)apa nak buat, dah memang hati aku selembut baldu (perasan2) yang pasti ketika itu aku memang blur. ada banyak persoalan dalam kepala. 1) kenapa N menagis?dia terasa ke sebab aku terasa? 2) apa pasal aku plak nak emo terasa2. macam remeh sangat je hal nie. (ketika menulis ni pun, aku still rasa benda ni kecik sangat untuk ditangis dan menangiskan)huhuhu dan kesimpulan nya, hambikkkk....dengan mak abah adik cik E makan sama2 dengan kami. selama 4 tahun perkenalan dengan cik E, ni lah 1st time ever kami makan semeja dengan famili dia. rekod ni. dan yang paling lawak nya, cik N lah. dia ni, pembuli jalanan. muka tak makan saman. kanak2 yang takde perasaan. semualah sifat2 yang terpuji tak hingat ni dia punya. sekali meleleh air mata. macam sedih bebenor saja. terus bengkak mata. aishhhh. cik P : nape ko nangis tadi N** ? cik N : yela. sedih sangat. efa marah aku kot. dye mane penah marah. oh. inilah sebab nya. rasa bangga. aku boleh marah!!!! :P sekian. tamat.

No comments: