Thursday, June 3, 2010

penunggu malam.

Saya sah seorang hantu. Eh tak, sy nak ckp sy sah seekor burung hantu. Eh bukan juga. Sy mane ada ekor.jadi…ayat yg betulnya ialah: Sy seorang burung hantu. Sy seorang orang tapi dlm masa yg sama sy memiliki perwatakan yg agak similar dgn burung hantu. Ye, betul tu. Sy tak main2. Kenapa? Sbb sekarang jam kat laptop sy yg super accurate ni menunjukkan pukul 4.06 pagi waktu tempatan dan TADAAAA… sy masih belum tidur. Huhu sudah beberapa minggu begini. Sy pun tak pasti kenapa. Mata cuma tidak mahu lelap.. tak mengapalah.. mari buat karangan ringkas mengenai apa yg terjadi pada hari ini. Sy mahu submit pada lecturer, mana tahu boleh tambah markah aktiviti luar kelas ke. (as if such thing does exist. ) hmm. Sy mulakan hari dgn sarapan dan kemudian sy telah membuat penipuan kecil-kecilan untuk memancing Kak N menemani sy ke bangunan KAED. Bukan apa, kak N bakal mendirikan rumah yg belum tentu ada tangga tidak lama lagi. Jadi sy berhasrat untuk melontarkan sebuah parti orang2 bujang khas untuk beliau. Dan tujuan sy ke KAED yg bagi sy merupakan sebuah bangunan yg misteri adalah untuk bertemu dengan rakan2 Kak N yg sama2 menjayakan rancangan bernas sy ini. Segalanya berjalan dgn lancar walaupun kak N sebenarnya tak rasa tertipu dan surprise langsung dgn kejutan yg sy buat. Ceh. Takde feeling betul. Mungkin ini mmg sindrom asas pra-perkahwinan kot. Kemudian kami ke café untuk mengisi masa lapang dan mungkin juga boleh mengisi kantung usus yg telah kosong.. Perut tak la minta diisi tapi sy sgt2 la inginkn tembikai laici yg lazat. Jadi tanpa segan silu sy pun order la…makcik café tu dah wat muke pelik. Sy pun lagi la pelik. Apakah yg pelik sgt dgn air yg sy baru order itu? Sy pelik makcik tu wat muke pelik seolah2 air tembikai laici sgt pelik dan anih lagi janggal. “ maaflah dik.kami jual air biasa je.tembikai2 ni takde” Ooooo… I see! Lantas sy pun tukar untuk minum air “biasa” yakni segelas milo es. Huuu tanpa sy sedari, sy telah secara tidak langsung menyentuh sensitivity makcik itu yg hanya menjual air biasa.seolah2 air tembikai merupakan air minuman yg exotic dan bukan tergolong dlm ketegori Aku Wanita Biasa – Kris Dayanti. Selepas penat dibuli oleh kakak2 yg kijam itu sy pun ke kelas yg super lama. Aiya….3 jam non stop meh. Kalah org main Farmville kat facebook tu pun tak selame ini. punye la lame kelas….tak tau nk wat ape dah selain dengar je la ape cikgu ckp. Iskkk lepas kelas sy terus pulang dan kemudian makan malam dan kemudian ke klinik berjumpa doctor. Ye la… takkan g klinik beli ikan pulak kan.. hmm apa sakit sy? Tak…sy takla jumpe doctor sbb sy sakit hati. Tapi ade kaitan la dgn anggota tubuh badan. Ape? E-A-R. masalah sy berkaitan dengan sepasang telinga yg bukan capang tetapi comey2 manje gitu. sy asik dengar bunyi mcm mane ek, mcm kalau kite bakar lalang kering kn, pastu api tu mcm membakar dlm diam gitu. Senyap, pilu tapi terbakar. Bunyi cip cip cip..eh dah mcm bunyi ank ayam la plak kan. Argh tak kesah la. Asalkan sy rs pelik. Sebenarnya, rongga dalaman telinga sy telah membengkak bak kate puan dokter.. Sy tak la tau apakah nama saintifik untuk perkara ini tapi ni la yg sy paham.Oh mengapa terjadi? Sebab, sy mempunyai tabiat yg sengal. Sy sgt suka korek telinga. Kalau anda mengenali seseorang yg pekak sbb dia malas nk korek telinga, sy terbalik. Ooo baru sy tau mane la kite boleh bersihkan telinga tu hari2. sy ingt selagi ada kotoran kuning2 langsat kat cottonbud tu makne nye telinga sy kotor la. Dah name pun tahi telinga kan..jd dgn logic nye sy pun bersihkan...oleh kerana itu, sy telah berjaya di cas sebanyak RM85.00 oleh tuan punya klinik. ha? Sbb korek telinga hari2 pun kene bayar byk ni? Boleh tgk citer Shrek 4 – happily ever after 5x kot! Selamat la company abah keje yg bayarkan. Hehe maaf lah ye..lain kali tak buat dah ~ sy janji pas ni sy malaskn diri nak wat rutin ni. Kalau tak boleh jugak mungkin sy boleh offer diri untuk besihkan telinga org yg berlainan setiap hari. Tapi, pikir kali ke-2, arghhh. Geli kot. Tak mau la dah. Baik sy main scrabble. Boleh juga menjana minda. Ok la nak hentikan repekan yg mengarut ni, tata.