Tuesday, January 12, 2010

repekan seorang syahifa.

huargh lame sgt dah x berblog. rase nye mmg syahifa dan teknologi tidak dapat berjalan seiringan dan berpimpin tangan. masih lagi menulis diari di dalam buku seperti waktu dahulu. huhuhu habit yang sangatlah tak dapat dikikis. herm... banyak benda yang jadi kebelakangan ni tapi susah untuk diringkaskan dalam satu perenggan. mungkin perlu menjadi pencuri masa yang sejati barulah terlaksana impian murni itu. angah dah kahwin! dah lama sgt sebenarnya tapi tak sempat nak cerita. nanti2 lah, bila cuti boleh tulis lebih sikit. sem baru, tahun baru..... banyak azam yang perlu dipastikan tercapai..sedar tak sedar dah nak mula midterm exam pun....huhu perjalanan sebagai student yang semakin hampir ke garisan penamat. tak tahu apa sebabnya, malam ni macam melankolik sedikit. mungkin effect dari kelas Dr. Kopanski tadi..meluap2 rasa nak sambung Masters di bumi Eropah. (macam ayat dalam novel plak) ngehehe :D kegilaan terhadap peta dunia juga makin kronik. tapi kegilaan ini berhasil apabila dianugerahkan 2 markah tambahan kerana mempunyai koleksi peta yang banyak dan cantik. (thanks to mr. iqbal) tapi ironinya, masih juga gagal mengesan koordinasi jalan di sejkitar gombak dan lembah klang. huuuu mengapalah susah sgt nak hafal jalan yang dah beribu kali lalu?
esok ada kuiz international relations, jadi tidak boleh membebel panjang. harus pulang dan study. sebelum pergi, mahu senaraikan azam tahun baru (harap2 belum tersangat lambat untuk buat begini)

SELAMAT DATANG 2010 :

1) Dean's List. 3.5 and above.
2) Lose weight, gain flat stomach.
3) Savings.
4) Do something remarkable to self.
5) Appreciate things around me.

itu sahaja. sekian. :p

No comments: